Pertandingan Seni Khat & Kaligrafi

TUMPAT, KHAMIS, 11 APRIL – Pihak Yayasan Islam Kelantan telah mengadakan pertandingan Seni Kaligrafi Khat kategori B. Pertandingan ini sudah tentunya akan diadakan setiap tahun kerana amat dikenali ramai dan dapat memupuk minat pelajar dalam seni khat. Para pelajar dapat menonjolkan bakat masaing-masing dalam menulis khat.

SMU(A) Bustanus Saadah telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan Seni Kaligrafi Khat kategori B peringkat zon bagi zon 1. Pertandingan ini adalah terbuka kepada sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan. Pertandingan ini dimulakan dari 8.00 hingga 1 petang.

Maahad Sains Tok Guru telah menyertai pertandingan Seni Kaligrafi Khat bagi kategori B. Setelah selesai bertanding, keputusan yang dicatat oleh para hakim telah menetapkan bahawa Maahad Sains Tok Guru  hanya memenangi hadiah saguhati ditempat yang keempat.

Akhirnya, para pelajar dapat melihat sendiri alangkah betapa indahnya seni khat ini. Disamping itu, Para pelajar juga dapat memupuk minat untuk mempelajari seni ini seterusnya mewakili sekolah ke peringkat zon masing-masing.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *