Sejarah Penubuhan

Gambar Ihsan dari Sinar Harian

Pada tanggal 6 Disember 2016 bersamaan dengan 06 Rabiul Awal 1438H, Maahad Sains Tok Guru secara rasminya telah ditubuhkan. Maahad Sains Tok Guru ialah sebuah sekolah di bawah kawalan dan seliaan Yayasan Islam Kelantan(YIK) dengan nombor pendaftaran DXM1012. Idea menubuhkan maahad ini dilakukan Bekas Menteri Besar, Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sejak 1996 dengan mempelopori kelas sains di sekolah YIK termasuk di Maahad Muhammadi Lelaki dan Perempuan di Kota Bharu. Maahad ini merupakan salah sebuah kategori sekolah Maahad Kawalan yang memulakan operasi pada 2017 dengan pengambilan pelajar Tingkatan 1 seramai 120 orang.

Proses pembelajaran dan pengajian di Maahad Sains Tok Guru(MSTG) adalah selama 5 tahun yang memberi penekanan kepada Kurikulum Arab Ugama dan Kukurikulum Kebangsaan di samping memberi penekanan kepada Kitab Turath. Bahasa pengantar yang digunakan di Maahad Sains Tok Guru(MSTG) adalah Bahasa Melayu dan Bahasa Arab. Selain itu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris dijadikan bahasa komunikasi di sekolah ini. 

Secara keseluruhannya, matlamat penubuhan Maahad Sains Tok Guru(MSTG) adalah untuk melahirkan para pelajar yang boleh menguasai 3 bahasa utama iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Arab dan Bahasa Inggeris. Selain Itu, dasar pengislamisasian kurikulum yang dipraktikkan di sekolah Maahad Sains Tok Guru(MSTG) adalah bertujuan untuk melahirkan modal insan yang beriman dan bertaqwa serta melahirkan modal insan yang mempunyai kemahiran insaniah yang tinggi dan berdaya maju.