Syarat Kemasukan
1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
- Murid-murid tahun 6 SK/SRK/SRJK/SRI atau setaraf dengannya pada tahun semasa adalah layak memohon masuk.
- Keputusan UPSR sekurang-kurang 3A tanpa D dan E atau minima 3A 3C.
- Permohonan boleh dibuat di Maahad kawalan berkenaan.
- Borang permohonan boleh didapati di pejabat Yayasan Islam Kelantan / Maahad-maahad kawalan / dimuat turun dari laman web rasmi YIK www.yik.edu.my.
- Permohonan dibuka selepas keputusan UPSR sehingga dua minggu selepas keputusan UPSR tahun semasa.
- Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPSR, Surat beranak, sijil-sijil akademik & ko-kurikulum dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan.
2. UJIAN KEMASUKAN
- Semua pemohon WAJIB menduduki Ujian Kemasukan (lisan dan bertulis).
- Tarikh-tarikh ujian akan ditentukan oleh pusat peperiksaan.
3. KEPUTUSAN
- Keputusan ujian akan diumumkan sebelum sesi persekolahan bermula.
- Keputusan ujian boleh disemak atas talian.
4. PENGESAHAN
- Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad dalam masa (7) tujuh hari selepas keputusan ujian diumumkan.
5. MELAPOR DIRI
- Pemohon yang berjaya dikehendaki melaporkan diri di Maahad sehari sebelum sesi persekolahan bermula.
- Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.