Falsafah Pendidikan

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensI individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. 

Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

FALSAFAH PENDIDIKAN YAYASAN ISLAM KELANTAN

Pendidikan Islam sebagaimana yang diterjemahkan pengertiannya dalam istilah-istilah Ta’lim, Ta’dib, Irsyad dan Tadris adalah satu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu muslim sebagai hamba Allah dan khalifahnya di bumi secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dari segi rohani, Aqliah, Aqidah, Emosi dan Jasmani berdasarkan ajaran Islam.

Usaha ini adalah bagimelahirkan muslim yang beriman, berilmu pengetahuan, beramal soleh dan layak berkhidmat untuk membangun keluarga, masyarakat,negara dan umat.