Logo

IQRA’ DAN AL-QURAN

Melambangkan ketinggian dan kepentingan membaca di jalan menuntut ilmu.

ATOM

Melambangkan ilmu Sains yang merupakan antara ilmu terpenting di dalam membina peradaban yang maju.

ALAT GEOMETRI

Melambangkan ilmu Matematik yang sudah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia sejak dahulu.

OBOR DAN BUKU

Melambangkan bahawa buku ialah penyuluh cahaya di dalam kehidupan bagi orang yang berilmu.

GEGELUNG OLIMPIK

Melambangkan kepentingan kebolehan bersukan dan kesihatan jasmani di samping mempunyai ilmu.

 

IJAZAH

Melambangkan hasil yang dimahukan dengan menghantar anak-anak muda ke Maahad Sains Tok Guru iaitu seorang ilmuwan.

LOGO BENDERA KELANTAN

Melambangkan tapak penubuhan Maahad Sains Tok Guru iaitu Negeri Kelantan, Serambi Mekah.
 

REBEN HIJAU

Tertulis  nama sekolah di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Arab.

REBEN MERAH

Tertulis di tengah reben motto sekolah dan di sebelah kanan dan kiri reben tahun penubuhan sekolah di dalam Tahun Masihiah dan Tahun Hijriah.