Pertandingan Kuiz Sains & Matematik Peringkat Awal

PENGKALAN CHEPA, ISNIN, 8 APRIL – Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, Yayasan Islam Kelantan telah menganjurkan pertandingan-pertandingan ilmiah seperti pertandingan nasyid, syarahan dan sebagainya yang hanya disertai sekolah dibawah pengelolaan Yayasan Islam Kelantan. Dan diantaranya ialah, Pertandingan Kuiz Matematik dan Sains yang menjadi tumpuan banyak pihak terutamanya pihak pentadbiran dan ibu bapa.

Pada peringkat ini, Maahad Muhammadi Lelaki telah menjadi tuan rumah bagi pertandingan ini. Sekolah yang terlibat di dalam pertandingan peringkat awal ini ialah Maahad Muhammdi Lelaki, Maahad Sains Tok Guru, Tarbiah Mardhiah Panchor dan SMU(A) Darul Anuar .Pertandingan ini dipertandingkan di dewan tertutup Maahad Muhammadi Lelaki. Pertandingan bermula pada pukul 9.00 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 pagi.

Sebagaimana yang ditetapkan oleh hakim, juara bagi peringkat ini ialah Maahad Sains Tok Guru, naib johan jatuh kepada Maahad Muhammadi Lelaki , seterusnya di tempat ketiga ialah Tarbiah Mardhiah Panchor dan SMU(A) Darul Anuar mendapar tempat keempat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *