https://karanganbungacilacap.com/https://17slotgacor.com/https://masakannusantara2024.blogspot.com/https://chord2024.com/
adminmstgpc, Author at Maahad Sains Tok Guru

adminmstgpc

Malaysia Technology Expo (MTE) 2024 di PWTC, Kuala Lumpur

PWTC, KUALA LUMPUR, 22-24 Feb 2024 – Maahad Sains Tok Guru telah berpeluang menyertai MTE 2024 buat pertama kali apabila dijemput untuk menghantar wakil bagi pameran produk yang dihasilkan iaitu TnC Acne Serum. Pameran antarabangsa ini merupakan suatu peluang yang tidak boleh dilepaskan oleh para pelajar yang terpilih kerana inilah antara pengalaman berharga mereka di …

Malaysia Technology Expo (MTE) 2024 di PWTC, Kuala Lumpur Read More »

Jamuan Akhir dan Majlis Perpisahan Guru 2023

KOTA BHARU, 4 Feb 2024 – Bertempat di Restoran Sri Chengmai, Kota Bharu, telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Jamuan Akhir Sesi Akademik 2023-24 dan Majlis Perpisahan Guru MSTG. Majlis ini diadakan bagi meraikan guru-guru dan kakitangan MSTG atas khidmat kerja yang cemerlang sepanjang setahun. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk meraikan jasa guru-guru …

Jamuan Akhir dan Majlis Perpisahan Guru 2023 Read More »

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu sempena Peperiksaan SPM 2023

PENGKALAN CHEPA, 25 Jan 2024 – MSTG telah berjaya mengadakan Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu sempena Peperiksaan SPM 2023 yang akan berlangsung kurang seminggu lagi. Majlis ini dihadiri juga oleh ibu bapa para pelajar tingkatan lima yang bakal menduduki peperiksaan tersebut. Selain daripada Solat Hajat, majlis turut meriahkan lagi dengan penyampaian hadiah dan penghargaan …

Majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu sempena Peperiksaan SPM 2023 Read More »

Perasmian Perkampungan SPM

PENGKALAN CHEPA, 14 Dis 2023 – Satu majlis perasmian telah diadakan bagi melancarkan satu perkampungan SPM 2023 yang sudah diadakan beberapa kali sebelum ini pada tahun ini. Pihak sekolah amat serius dalam memastikan para pelajarnya mempunyai persediaan yang rapi bagi menghadapi peperiksaan penting seperti Peperiksaan SPM. Oleh itu, program-program seperti ini pastinya tidak dikesampingkan oleh …

Perasmian Perkampungan SPM Read More »

Lawatan Rehat Minda Pelajar Tingkatan 4 dan 5

TUNJUNG, 11dan 12 Dis 2023 – Satu Lawatan Rehat Minda telah diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan para pelajar tingkatan 4 dan 5 MSTG di Mydin Mall, Tunjung dengan motto “Rehat Minda Kejayaan Terbina”. Ia merupakan satu aktiviti yang memberi peluang kepada para pelajar untuk berehat seketika dari beban persediaan menghadapi peperiksaan iaitu Peperiksaan SPM …

Lawatan Rehat Minda Pelajar Tingkatan 4 dan 5 Read More »

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan MSTG 2022

PENGKALAN CHEPA, 13 Sept 2023 – Alhamdulillah MSTG telah berjaya mengadakan Majlis Kesyukuran Kecemerlangan MSTG 2022 dengan jayanya. Majlis ini diadakan bagi menzahirkan rasa syukur atas kejayaan yang dicapai oleh MSTG pada tahun 2022. Majlis bermula pada pukul 1 dan berakhir pada pukul 4 petang. Namun begitu, persiapan telah dilakukan oleh semua warga MSTG termasuk …

Majlis Kesyukuran Kecemerlangan MSTG 2022 Read More »

Pertandingan Nasyid Lelaki Peringkat Akhir YIK 2023

PUTIK, PENGKALAN CHEPA, 30 jULAI 2023 – Pertandingan Nasyid Kategori Lelaki Peringkat Akhir telah berlangsung dengan jayanya. Pertandingan ini diadakan di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK) yang bermula seawal jam 8.30 pagi. Maahad Sains Tok Guru sebagai tuan rumah pertandingan telah berjaya mendapat tempat ketiga. Ini merupakan satu pencapaian yang agak baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

PROGRAM KECERIAAN SEKOLAH

MSTG sedang berusaha menambahkan keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah bagi meweujudkan suasana yang lebih harmoni dan selesa kepada pelajar dan guru. Pelbagai program keceriaan dijalankan seperti gotong-royong, melukis mural, membina taman Sains dan sebagainya.