A Day in Arabic

PENGKALAN CHEPA, JUMAAT, 12 APRIL – Pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru mendapati kebanyakan pelajar baru di Maahad Sains Tok Guru khususnya pelajar tingkatan satu dan dua lebih mahir di dalam Bahasa Inggeris berbanding Bahasa Arab. Kerana hal ini, pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru memutuskan untuk mengadakan sebuah program Bahasa Arab yang dinamakan ‘A DAY IN ARABIC’.

Seperti program yang sebelumnya juga, program bahasa ini dilancarkan dan dijalankan di Dewan Besar Maahad Sains Tok Guru. Program ini bermula dari pukul 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 5.00 petang. Pada pukul 12.30 petang hingga pukul 3.00, pelajar dibenarkan bersurai untuk bersedia untuk solat Jumaat dan makan tengah hari.

DI samping membimbing pelajar yang baru didedahkan kepada Bahasa Arab, program ini juga dapat menganalisis jangkauan pelajar di dalam Bahasa Arab. Ini membolehkan para guru menyampaikan pengajaran di dalam kelas dengan lebih efektif kerana jangkauan kefahaman pelajar sudah dianalisis.

Tidak seperti program yang sebelumnya, pihak sekolah tidak menjemput penceramah untuk program ini sebaliknya ia diselia oleh guru-guru Maahad Sains Tok Guru yang berpendidikan tinggi di dalam Bahasa Arab.

1 thought on “A Day in Arabic”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *