PENGKALAN CHEPA, KHAMIS, 4 APRIL – Pada setiap tahun, pertandingan syarahan Bahasa Melayu akan diadakan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan. Pertandingan ini menjadi tumpuan sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan untuk mengisi kekosongan dalam pertandingan ini. Para pelajar juga lebih gemar menyertai pertandingan ini kerana mereka berpeluang menonjolkan kebolehan mereka berucap menggunakan bahasa ibunda mereka.
Pada tahun ini Maahad Pengajian Islam telah menjadi tempat berlansungnya pertandingan bagi sekolah-sekolah Yayasan Islam Kelantan zon 1 yang terdiri daripada 9 buah sekolah. Antara sekolah yang menyertai pertandingan ini ialah SMU(A) Istiqomah Badang, SMU(A) Al-Kausthar dan SMU(A) MTM Panchor. Pertandingan ini bermula pada pukul 8.30 pagi sehingga pukul 1.00 petang dan berehat seketika pada pukul 10.30 untuk menjamu selera.
Seterusnya, majlis pembahagian hadiah segera dimulakan setelah mendapat keputusan yang adil dan saksama daripada para hakim. Mengikut keputusan tersebut Maahad Sains Tok Guru telah mendapat hadiah saguhati dan pemenang tempat ketiga dirangkul oleh SMU(A) TAQADDUM AL-MA’ARIF manakala tempat kedua diraih oleh Maahad Pengajian Islam dan johan disandang oleh SMU(A) MTM Panchor.
Para pelajar juga dihiburkan dengan persembahan daripada pihak tuan rumah sementara menunggu keputusan pertandingan yang sedang dibincangkan oleh para hakim.