Ceramah Israk Mikraj

PENGKALAN CHEPA, RABU, 3 APRIL – Dengan ketibaan tarikh yang mulia di dalam sejarah Islam, pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru telah menjemput seorang penceramah untuk memberi ceramah di dalam majlis ilmu yang diadakan pada malam itu. Penceramah itu ialah seorang pegawai yang bertugas di Yayasan Islam Kelantan dan sangat berbakat memberi ceramah.

Majlis ilmu ini bermula selepas Maghrib hingga pukul 9.00 malam di Musolla Maahad Sains Tok Gru. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah sebanyak dua jam seperti kebiasaan majlis ilmu yang diadakan di masjim-masjid mukim.

Majlis ini diadakan bertujuan supaya para pelajar di Maahad Sains Tok Guru menyedari kepentingan peristiwa di mana solat lima waktu ini difardhukan. Alhamdulillah, pihak sekolah tidak tersilap memilih penceramah kerana cara penyampaian beliau sangat menarik. Boleh dikatakan tiada seorang pelajar pun yang lekang mata dari ceramah itu.

Pihak sekolah berharap agar para pelajar dapat mengambil pengajaran dan iktibar yang boleh dijadikan panduan hidup sepanjang majlis itu berlangsung.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *