A Day in English

PENGKALAN CHEPA, JUMAAT, 5 APRIL – Pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru telah bekerjasama dengan pihak Universiti Sains Malaysia untuk mengadakan sebuah program bahasa Inggeris iaitu ‘A Day in English’.

Program ini dijalankan di Dewan Besar Maahad Sains Tok Guru selama sehari bermula dari pukul 8 pagi sehingga 5 petang dengan rehat sementara diantara pukul 12.30 hingga 3.00 untuk memberi masa untuk pelajar solat Jumaat.

Tujuan program ini adalah untuk mengukuhkan dan mengasah kemampuan pelajar dalam mendengar dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris. Untuk memastikan program ini efektif dan berjalan dengan lancar, beberapa orang fasilitator berpengalaman dari Universiti Sains Malaysia telah hadir untuk menyelia program ini.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *