PENGKALAN CHEPA, KHAMIS, 21 FEBRUARI – Untuk mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah, pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru telah mengadakan Minggu Bahasa Arab.
Pada pagi 17 Februari bersamaan hari Ahad, Mudir Zakaria bin Muhamed telah merasmikan Minggu Bahasa Arab di dataran perhimpunan.
Program ini diadakan bertujuan untuk menambah baik kebolehan pelajar untuk bertutur didalam bahasa asing. Sepanjang minggu ini, beberapa aktiviti telah dijalankan. Antaranya ialah kuiz bahasa, radio buruk dan sebagainya.