Majlis Pelancaran Usrah

PENGKALAN CHEPA, SELASA, 24 JANUARI – Pihak sekolah Mahaad Sains Tok Guru telah melancarkan Program Usrah pada tahun ini seperti tahun-tahun yang sebelumnya. Konsep praktikal program ini ialah pelajar tingkatan dua dan tiga akan berada di musolla ataupun di bilik mereka bersama seorang guru bimbingan yang akan mengajarkan sebuah kitab yang dinamakan ‘Manhaj Qurani’ iaitu sebuah kitab yang mengenai agama. Manakala bagi pelajar tingkatan satu pula, mereka akan dibimbing oleh seorang pelajar tingkatan tiga bagi setiap bilik.

Progran ini akan diadakan pada setiap hari Rabu selepas solat Zohor. Mengikut jadual, program ini akan berlangsung selama setengah jam iaitu bermula dari pukul 2.00 petang hingga 2.30 petang. Pada hari itu, pelajar akan pulang dari sekolah ke asrama lebih awal dari biasa iaitu pada 1.30 petang untuk memberi ruang untuk solat Zohor.

Hubungan diantara guru dan pelajar boleh dieratkan selain daripada mendidik pelajar mengenai agama kita. Justeru itu, proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesen kerana murid dan guru mempunyai hubungan yang erat. Pelajar tingkatan tiga yang menjadi murabbi tingkatan satu pula akan mencungkil bakat kepimpinan mereka semasa program.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *