Gotong-Royong Kelas

PENGKALAN CHEPA, SELASA, 19 FEBRUARI – Buat pertama kalinya pada tahun ini pihak Maahad Sains Tok Guru telah mengadakan gotong-royong kelas secara perdana. Program ini dijayakan oleh kerjasama para guru, kakitangan dan pelajar. Pihak sekolah juga telah membekalkan kelengkapan yang cukup untuk melakukan program.

Program ini mengambil tempat di setiap kelas dalam tingkatan iaitu sebanyak 12 buah kelas. Antaranya, 3 Al-Masu’di, 2 Al-Kindi dan 1 Al-Biruni. Program ini bermula pada pukul 1.00 petang dan berakhir pada pukul 2.00 petang.

Para pelajar dan guru bertungkus-lumus membersihkan kelas demi mencapai matlamat program. Disamping itu, para pelajar dapat mengeratkan hubungan dengan warga sekolah yang lain. Program ini juga bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang bersih supaya para pelajar lebih selesa untuk menuntut ilmu. Oleh hal yang demikian, proses pembelajaran dapat berjalan lancar dengan adanya suasana yang bersih dan bebas sampah.

Semasa program berlangsung, Penolong Kanan HEM mengumumkan bahawa kelas yang terbersihkan akan diberi ganjaran. Perkataan ganjaran yang didengari telah membuatkan para pelajar dan guru segara membentuk kerjasama yang lebih efisien sekali gus dapat membersihkan kelas dengan lebih cepat dan cermat.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *