PENGKALAN CHEPA, SABTU, 13 APRIL – Menyedari keperluan para pelajar tingkatan tiga kepada bimbingan tambahan di dalam subjek Matematik, pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru telah mengambil keputusan untuk mengadakan bengkel Matematik pada hujung minggu. Untuk menjayakan bengkel ini, penceramah yang pakar di dalam subjek Matematik, Cikgu Nik Adib, telah dijemput oleh pihak sekolah.
Dari pukul 3.00 petang hingga 6.00 petang, bengkel ini tidak dijalankan di Dewan Besar seperti kebiasaan tetapi diadakan di kantin sekolah yang terbuka untuk menampung bilangan calon PT3 iaitu sebanyak 96 orang pelajar di samping untuk keselesaan dan pengudaraan yang baik. Pelajar dibenarkan bersurai sementara pada pukul 5.00 petang untuk solat Zohor dan merehatkan minda.
Pihak sekolah membiayai kos bengkel ini sepenuhnya dengan harapan agar subjek yang selalu menjadi dinding penghalang kebanyakan pelajar dari mendapat 11A menjadi semakin mudah bagi para calon.
Mengikut jadual asal, program ini dijadualkan untuk tamat pada pukul 5.00 petang. Namun, dengan persetujuan Cikgu Nik Adib dan para pelajar, program dilanjutkan sehingga pukul 6.00 petang kerana didapati masa yang dijadualkan tidak mencukupi untuk pelajaran yang efektif dan menyeluruh.
Moga saja dengan di undangnya pakar matematik ini, dapat membuka wawasan siswa tok guru dan dapat menyajikan belajar matematik yang menyenangkan