Pertandingan Syarahan Bahasa Inggeris

MACHANG, ISNIN, 15 APRIL – Pada tahun ini. Pertandingan syarahan Bahasa Inggeris peringkat MASSAK yang dikelola oleh Yayasan Islam Kelantan telah diadakan. Pertandingan ini disertai oleh para pemenang dari zon masing-masing  untuk bertanding di peringkat negeri.

Pada tahun ini Maahad Syamsul Maarif Lelaki telah dipilih sebagai tuan rumah bagi pertandingan syarahan Bahasa Inggeris bagi kategori A dan B. Sebanyak tujuh buah sekolah yang menyertai pertandingan ini bagi kategori B. Pertandingan ini bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.30 petang.

Setelah perbincangan yang terbaik dibuat, para hakim sebulat suara membuat keputusan yang muktamad. Keputusan pertandingan telah menobatkan Maahad Ar-Rahmah Kenali sebagai pemenang tempat ketiga manakala, Maahad Syamsul Maarif Lelaki merangkul tempat kedua dan johan disandang oleh Maahad Sains Tok Guru.

Sementara menunggu keputusan pertandingan, para pelajar dapat menyaksikan persembahan kalam jamaie yang dilakukan oleh pihak tuan rumah sendiri.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *