Pertandingan Kalam Jamaie Peringkat Akhir

PENGKALAN CHEPA, AHAD, 21 APRIL – Pasukan kalam jamaie Maahad Sains Tok Guru telah dinobatkan sebagai johan dalam pertandingan kalam jamaie peringkat negeri. Pertandingan tersebut diadakan di SMU(A) Taqaddum Maarif Pasir Tumboh. Kemenangan tersebut tidak disangka kerana persembahan yang menarik juga dipersembahkan oleh sekolah sekolah lain. Ini menyebabkan ahli pasukan MSTG hampir hilang keyakinan untuk memenangi pertandingan tersebut. Walau bagaimanapun, mereka tidak berputus asa dan cuba menunjukkan sehabis baik persembahan mereka. Dan akhirnya mereka berjaya membawa pulang kemenangan dan mengharumkan nama MSTG.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *