KOTA BHARU, 4 Feb 2024 – Bertempat di Restoran Sri Chengmai, Kota Bharu, telah berlangsung satu majlis iaitu Majlis Jamuan Akhir Sesi Akademik 2023-24 dan Majlis Perpisahan Guru MSTG. Majlis ini diadakan bagi meraikan guru-guru dan kakitangan MSTG atas khidmat kerja yang cemerlang sepanjang setahun. Selain itu, majlis ini juga bertujuan untuk meraikan jasa guru-guru yang telah bertukar ke sekolah yang lain.