PENGKALAN CHEPA, AHAD, 5 MEI – Sempena menyambut kedatangan bulan yang mulia pada tahun ini, Maahad Sains Tok Guru telah mengadakan sambutan Ihya Ramadhan seperti yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya.
Setelah selesai Solat Zohor berjemaah di musolla Maahad Sains Tok Guru, mudir Zakaria bin Mohammed memberi sedikit tazkirah mengenai kemuliaan dan peluang yang diberikan oleh Allah kepada hambanya di bulan yang mulia ini.
Selepas itu, para pelajar diberi taklimat mengenai sedikit perubahan di dalam jadual harian mereka untuk memanfaatkan sebanyak mungkin masa dengan beribadat sambil membuat persiapan untuk peperiksaan yang menjelang terutamanya bagi pelajar Tingkatan Tiga.