MINGGU ORIENTASI 2019

PENGKALAN CHEPA, ISNIN, 31 DISEMBER 2018 – Pihak Maahad Sains Tok Guru telah membuat pengambilan pelajar baharu bagi tahun 2019. Pihak sekolah telah mengambil lebih kurang 120 pelajar baru. Pihak sekolah juga telah memberikan tanggungjawab kepada badan kempimpinan dengan kerjasama para guru untuk merealisasikan program orientasi kepada pelajar-pelajar baru.

Program ini telah berlangsung selama seminggu, bermula dari 31 Disember hingga 6 Januari 2019. Program ini bertempat di Asrama Maahad Sains Tok Guru, Dewan Besar Maahad Sains Tok Guru dan Musalla Maahad Sains Tok Guru.

Disamping itu, program ini diadakan untuk menguatkan ukhuwah diantara pelajar. Selain itu, para pelajar dapat menimba ilmu yang baru dan dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat. Oleh itu, tali persaudauran yang lebih kukuh dan utuh dapat dijalinkan antara pelajar dan guru.

 

Terdapat pelbagai aktiviti yang diadakan seperti ice-breaking, taklimat dan permainan minda. Pada hari terakhir program, para pelajar menunjukkan cetusan minda meraka dengan mempersembahkan drama dan nasyid tasrif. Para pelajar juga dapat menonjolkan bakat masing-masing semasa persembahan dilakukan.