Kata Aluan Mudir

 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله الطيبين الطاهرين ومن تبعهم إلى يوم الدين. وبعد..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Alhamdulillahirabbil’alamin, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas kurniaan rahmat kepada hambaNya. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad S.A.W. 

Penubuhan Maahad Sains Tok Guru kini telah mencecah tahun kelapan, tahun yang penuh dengan makna, cabaran dan halangan yang pada akhirnya kita mengharapkan sebuah kejayaan yang menjadi kenangan yang tidak dapat dilupakan. Cabarannya cukup besar dalam memikul harapan tinggi pelbagai pihak terutamanya ibubapa yang memilih untuk menghantar anaknya ke Maahad Sains Tok Guru.

Tugas guru kini semakin meningkat cabaran dan tanggung jawabnya. Jika dulu, kemahiran ICT adalah pilihan kepada sesetengah guru namun kini ia adalah keutamaan yang perlu dikuasai oleh semua guru. Maka pihak pentadbiran Maahad Sains Tok Guru dengan segala upaya yang ada telah mengambil inisiatif dan akan terus mengambil inisiatif untuk membekalkan guru dengan segala kemahiran yang diperlukan dari semasa ke semasa. Dengan satu harapan sahaja iaitu proses pembelajaran akan terus berjalan dengan lancar dan jayanya.

Seterusnya ingin saya nyatakan juga bahawa Maahad Sains Tok Guru mempunyai empat pendekatan yang menjadi hala tujunya, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan EQ. Sehubungan itu, semua pihak termasuk warga pendidik, staf, para pelajar serta pihak PIBG Maahad Sains Tok Guru diharap dapat berganding bahu bagi menjayakan hala tuju sekolah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi meluangkan masa melayari laman sesawang Maahad Sains Tok Guru. Semoga tuan puan mendapat maklumat yang bermanfaat daripada paparan laman sesawang Maahad Sains Tok Guru.

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam merealisasikan laman sesawang ini dan juga kepada semua pihak yang sentiasa menyokong dan mendokong kami sejak dari penubuhannya lagi. Semoga Allah (S.W.T) merahmati dan memberkati usaha murni ini.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHD NASIR BIN MOHAMED HASBULLAH

Mudir, 

Maahad Sains Tok Guru

 ‘