Syarat Kemasukan

1. SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  • Murid-murid tahun 6 SK/SRK/SRJK/SRI/SRITI atau setaraf dengannya pada tahun semasa adalah layak memohon masuk.
  • Syarat minimum dengan keputusan minima 4A dalam peperiksaan Ujian Penilaian Kelas Agama dan Fardu Ain (UPKK) atau minima 4A dalam Penilaian Sekolah Rendah Agama (PSRA/UPSA) atau setaraf dengannya.
  • Borang permohonan hendaklah dihantar bersama dengan salinan Keputusan UPKK, Surat Beranak, Sijil-sijil Akademik Dan Sijil Khatam Al-Quran (jika ada) yang telah disahkan bersama wang proses sebanyak RM5 ke maahad (Pusat Ujian) yang dipohon.
  • Sebarang pertanyaan mengenai permohonan kemasukan boleh dirujuk kepada pejabat Yayasan Islam Kelantan atau dengan melayari laman web rasmi YIK www.yik.edu.my atau https://sys.yik.edu.my/maahad-kawalan/syarat

2. UJIAN KEMASUKAN

  • Semua pemohon WAJIB menduduki Ujian Kemasukan (lisan dan bertulis).
  • Tarikh-tarikh ujian akan ditentukan oleh pusat peperiksaan.

3. KEPUTUSAN

  • Keputusan ujian akan diumumkan sebelum sesi persekolahan bermula (akan dimaklumkan).
  • Keputusan ujian boleh disemak atas talian.

4. PENGESAHAN

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki mengesahkan penerimaan belajar di Maahad dalam masa (7) tujuh hari selepas keputusan ujian diumumkan.

5. MELAPOR DIRI

  • Pemohon yang berjaya dikehendaki melaporkan diri di Maahad sehari sebelum sesi persekolahan bermula.
  • Pemohon yang tidak melaporkan diri pada tarikh yang ditetapkan dianggap telah menolak tawaran belajar.