Watikah Perlantikan

PENGKALAN CHEPA, ISNIN, 11 FEBRUARI – Untuk merasmikan perlantikan kepimpinan Maahad Sains Tok Guru, pihak sekolah telah mengadakan majlis penyerahan watikah kepada pelajar-pelajar kepimpinan yang dilantik secara tidak rasmi pada tahun ini.

Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dengan kehadiran semua pelajar dan guru di Dewan Besar Maahad Sains Tok Guru. Majlis bermula dengan ucapan pembukaan dari Mudir Ustaz Zakaria bin Mohamed. Majlis selepas itu diteruskan dengan sedikit ucapan dari Guru Disiplin dan penyerahan watikah kepada pelajar yang terlibat.

Majlis itu berakhir pada pukul 12.00 tengah hari dengan angkat sumpah dari para pelajar kepimpinan dengan dikepalai oleh Ketua Pelajar dalam Bahasa Inggeris dan Ketua Asrama dalam Bahasa Arab.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *