Program Motivasi Superbmind

PENGKALAN CHEPA, 10 MAC, AHAD – Bersempena dengan peperiksaan Pentaksiran Tingkatan Tiga yang semakin dekat saban hari, pihak sekolah Maahad Sains Tok Guru membuat keputusan untuk menjemput seorang penceramah untuk memberi ceramah motivasi. Penceramah yang dijemput ialah Encik Jumat MS, pengasas syarikat Puncak Hikmah Consultancy untuk menyampaikan ceramah tersebut.

                Program motivasi ini bertempat di Dewan Besar Maahad Sains Tok Guru bermula dari pukul 8 pagi hingga 5.00 petang. Waktu rehat adalah dari pukul 2.30 hingga 3.30 untuk memberi ruang untuk pelajar solat Zohor dan makan tengah hari.

Sebab pihak sekolah mengadakan program ini adalah untuk membakar semangat pelajar tingkatan tiga dan memastikan mereka bersedia untuk menghadapi peperiksaan PT3 yang akan datang.

Program ini memberi kesan yang mendalam terhadap pelajar yang terlibat tertutamanya pada pengakhiran program tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *