Pertandingan Memanah

PULAI CONDONG, RABU, 4 MAC – Pertandingan ini diadakan dibawah anjuran pihak Yayasan Islam Kelantan. Pada tahun ini merupakan tahun pertama Maahad Sains Tok Guru mengambil tempat untuk meyertai pertandingan ini. Pertandingan ini diberi galakan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan sendidri untuk menyertainya disamping dapat menghidupkan sunnah Nabi Muhammad ﷺ.

Pertandingan ini diadakan di MTAQ Pulai Condong bagi tahun 2019. Pertandingan ini disertai oleh 12 buah sekolah antaranya Maahad Pengajian Islam, SMUA Al-Ulum Padang Embun dan Maahad Muhammadi Lelaki. Pertandingan ini dimulakan dari 8.00 hingga 1 petang. Selain itu, pertandingan ini juga terbahagi kepada beberapa kategori iaitu Recurved Tradisonal dan Recurved Moden.  

Setelah semua peserta selesai memanah, para hakim segera mencatit markah. Keputusan bagi setiap kategori diumumkan dengan pemenang tempat ketiga Maahad Pengajian Islam danMaahad Tahfiz Al-Quran Wal-Qiraat Pulai Chondong merangkul tempat kedua dan SMUA Al-Ulum Padang Embun meraih tempat pertamabagi kategori Recurved Moden. Bagi Recurved Tradisonal pula dimenangi oleh SMU (A) Tarbiah Diniah TAHFIZ Bunut Sarang Burung. Maahad Sains Tok Guru hanya mendapat tempat keempat dalam kategori Recurved Moden.

Para pelajar juga dapat mempelajari kaedah-kaedah memanah dengan tepat. Selain itu,Pelajar dapat menghidupkan sunnah Nabi Muhammad ﷺ yang kian lama semakin ditinggalkan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *