Pertandingan Kalam Jama’ie

KOTA BHARU, ISNIN, 8 APRIL – Pertandingan ini merupakan antara pertandingan ilmiah yang dianjurkan Yayasan Islam Kelantan. Seperti pertandingan yang lain juga, pertandingan ini tidak kurang mendapat perhatian daripada pelbagai pihak untuk melihat kerjasama antara pelajar sekolah.

Bagi peringkat zon, SMU(A) Al-Yusuniah telah menjadi tuan rumah. Jumlah sekolah yang bertanding ialah sebanyak lapan buah sekolah di mana kesemuanya merupakan sekolah di bawah pengelolaan Yayasan Islam Kelantan.

Para peserta Maahad Sains Tok Guru bersorak kegembiraan apabila hakim menobatkan mereka sebagai johan pertandingan tersebut. Semoga kejayaan Maahad Sains Tok Guru berterusan hingga ke pertandingan yang seterusnya.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *