Pertandingan Hafazan

PERINGAT, ISNIN, 8 APRIL – Pertandingan hafazan quran dianjurkan oleh Yayasan Islam Kelantan pada setiap tahun. Ia bertujuan untuk menggalakkan pelajar yang belajar di sekolah Yayasan Islam Kelantan mempunyai motivasi untuk menghafal quran selain belajar dengan tekun.

Tuan rumah bagi pertandingan ini ialah SMU(A) Al-Kauthar. Pertandingan bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 1.00 petang. Antara sekolah yang terlibat ialah Maahad Sains Tok Guru, Maahad Muhammadi Lelaki dan beberapa buah sekolah lagi.

Sayang sekali, peserta dari Maahad Sains Tok Guru tidak berjaya mendapatkan gelaran johan sebaliknya mendapat tempat ketiga di dalam pertandingan itu. Gelaran johan disandangkan kepada SMU(A) Al-Kauthar dan Maahad Darul Anuar mendapat tempat kedua.

Walaupun kecewa, peserta dari Maahad Sains Tok Guru tidak akan berputus asa dan akan bertanding lagi pada tahun hadapan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *