Kata Aluan Mudir

 

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله الطيبين الطاهرين ومن تبعهم إلى يوم الدين. وبعد..

Assalamualaikum w.b.t

Terlebih dahulu saya selaku mudir Maahad Sains Tok Guru mengucapkan setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat ilahi atas pembangunan maahad ini yang sudah mencecah usia 4 tahun.

Maahad Sains Tok Guru kini sedang mencipta nama dan kualiti di persada ICT, Alhamdulillah.

Tidak lupa juga kepada para penyumbang yang berusaha keras demi memajukan maahad ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga diucapkan juga kepada Biro ICT Maahad Sains Tok Guru yang memberi ruang kepada kata aluan saya di laman sesawang rasmi ini.

Seterusnya saya ingin menyatakan bahawa ada empat pendekatan yang menjadi hala tuju Maahad Sains Tok Guru, iaitu Kecemerlangan Akademik, Kecemerlangan Kokurikulum, Pembangunan Sahsiah dan Pembangunan EQ. Sehubungan itu, semua pihak termasuk warga pendidik, staf, para pelajar serta pihak PIBG Maahad Sains Tok Guru berganding bahu bagi menjayakan hala tuju sekolah ini.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi meluangkan masa melayari laman sesawang Maahad Sains Tok Guru.Semoga tuan puan mendapat maklumat yang bermanfaat daripada paparan laman sesawang Maahad Sains Tok Guru.

Akhir kata saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dalam merealisasikan laman sesawang ini. Semoga Allah (S.W.T) merahmati dan memberkati usaha murni ini.

Sekian, terima kasih.

HAJI MOHD NASIR BIN MOHAMED HASBULLAH

Mudir, 

Maahad Sains Tok Guru